Friday, June 21, 2013

Jiwa


Janganlah merintih lagi
Semalam hari ini dan esok
Rentasi dengan kegagahan
Tempuhi dengan kesabaran

Semalam telah ditempuhi 
Pelbagai ranjau telah dilalui
Marah, kecewa, hampa 
Segalanya telah dilewati

Hari ini
Semua berulang kembali
Meski pengalaman telah dilewati
Namun gejolak rasa tetap kembali

Esok akan direntasi lagi
Akan samakah seperti semalam?
Akan samakah seperti hari ini?
Semoga masih ada kekuatan

 

Sunday, February 24, 2013

Februari 2013 hampir ke penghujungnya. Kesibukan dengan tugasan membuat aku terasa masa berlalu begitu pantas sekali. Belum ada aktiviti yang aku muatkan di sini.